Hurry up !

Saturday, January 26, 2013

~Fakta Bayi Baru Lahir~

♥♥♥ 16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir ♥♥♥





Sesaje nk share..coz saya memang suka baca pasal bayi..ia sungguh simbolik...bila dh jadi ibu ni..kita duk tgok refer balik benda2 gini baru bole pikir.. n berkata "oooo betul ler".. dulu masa baby saya baru2 lahir.. say n adik2 saya ni salu duk tgok bila keysha menagis.. duk tgok air mat dia.. memang xdak....masa ada ank buah dulu xsmpat nk tilik.. coz xsalu duk nga dia.. pah tu dh selang beberapa minggu.. tgok dia menangis kua air mata..kita duk pakat ckp.. wahhh keysha dh dpt melihat ni.. bab mata dia dh bole kua air mata..hihi betul ke tak gitu?? ni nk bg tip yg cik misi ajar masa dlm ptg dulu..dia suh kita salu urut slow2 kt bwah mata baby agar air mata dia senang nk mengalir ke  hape lerr lupa plak.. tp ni pnting ler dia ckp..


 tgok ni dia nangis.. air mata xdak pun







                           ♥Bayi tiada kepala lutut.Ia tidak membentuk sehinggalah berusia 6 Bulan

♥ Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
♥ Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

♥ Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

♥ Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

♥ Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

♥ Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
♥ Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
♥ Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
♥ Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
♥ Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
♥ Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
♥ Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
♥ Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
♥ Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

♥ Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
 



bayi bole menyelam??? patut ler.. awal2 lg org berlumba anta bby p kelas berenang kn...

~~~~~~~daa terlambat da budak ucuk ni~~~~~~~~~

bye..bye..