Hurry up !

Thursday, November 22, 2012

Bawal 1 tone Handmade Lining


SAPE PENGGEMAR & PENCINTA TUDUNG BAWAL....

SAYA ADA ITEM TERBAIK UTK KAMU..

~SALAM PERKENALAN KPD DUNIA PERNIAGAAN..~


BAWAL 1 TONE HANDMADE LINING




Very Nice & Sweety



~Tudung Segi 4
~di laning dgn cotton
~pelbagai corak lining..Polkadot,lepard,flower etc.





FEEL INTERESTED PM ME OKEY..


Tuesday, November 20, 2012

# Mummy main redah jer #

Super mummy ni..mcm2 hal yg dapat dia buat..kah..kah..kah.
satu percubaan berani apabila pandu kereta bawa baby Keysha tanpa menggunakan baby car sit..
memang 1st time lah kua bawa baby  tanpa di pegang oleh sesiapa.. haaahh.. cam ner tu...cuba bygkn...

inilah kisah mummy yg letak bby nya dlm bakul bby..cm gitu jer..n then mummy dia drive jer..saya xpikir org lain buat cm gini gak ke tak....keysha tpksa duk cam gini coz mummy tpaksa bwa dia utk p jemput untie Keysha kt Green Wood yg dtg dr kg.. ni kes masa untie keysha balik bcuti ler
hurmm jauh gak pjlanan ni..

kita layan n roll jer budak manja ni duk dlm bakul..




kesian budak ni.. berpeluh2 dia..maklum ler mummy dia kuar time tgh hari yg panas terik.. on air-cond tp dia still bpeluh.. sampai basah baju kt belakang dia.. 
ekceli, bila masuk kete jer dia cam pelik.. n then bila mummy ckp.. "Keysha, u can't move ok.. duk diam2 dlm ni yer" so, she pn.. rilex jer.. cuma mata dia jer luk..lik..luk..lik.. ke kiri.. ke kanan..




dia cukup bagus coz dgr kata... dia tgok jer mummy dia drive.. mummy dia pulak drive dlm nervous takot budak ni tetiba nangis melalak.. panik jg ler nt...haahhhhh dh ler jem giler time ni... dlm hati tuhan saje yg tau... waktu ni.. perrhh jemm sesedap rasa...tp  rupanya ada xcident kt area pasar borong..tu....

Steady jer bby Keysha ni. tp bila pk blik.susah gak kn lau xda baby car sit nih..!! XOXO..!! hurm..ekceli bukan xnak beli.. tp masa peknan dulu.. cam2 berangan..papa ckp.. nt lau bby kua.. nk p mana2 di akn pegang baby ..dukung baby,,n then papa ckp membazir jer.. coz mummy bukannya hari2  bawa keysha p kt tempat baby sitter...huwahuwahuwa... uummm pape jer lah.. yg penting..barang baby sume akn berguna tau..walaupun masa nya singkat..

mummy geram nak  gigit kaki budak ini...

Alhamdulillah dia xmengamuk sepanjang perjalanan..

Duk main nga kawan dia jer..cik..dragon fly tu..

ok bai..bai..

p/s : Mummy kena sedia baby car sit awal2 bila plan utk buat keysha nombor 2 hihihi..




Monday, November 19, 2012

**Durian Crepe**

Perghhhhh.... bila nk buat N3 ni.. ayaq liuq meleleh2 tbayang2 isi durian yg di kunyah bersama cream.. yg sgt marvelesss..nyum..nyum...
okei,,kpd darlim2 ku kamu semua dh mencuba belum benda nih?? kalau penggemar durian cam saya ni konpom menjilat jari di buatnya.. pertama kali saya mencuba mkn durian crepe ni... perrgghh memang terbaik lah.. saya rasa saya belum jd org sakai lg lah coz telah dpt merasai kuih ni..yg  sedang famous lg hangat di perkatakn oleh semua org .

Meh sini saya tunjuk rupa paras dia yg hensem lg comel ni..


ini lah dia..'Durian Crepe' saya beli on9.. godek2 tenet jumpa blog org yg jual ni.. RM10  dpt 6 biji.. ok ler berbaloi..dgn kesedapannya..


uurnmmmm... sedapnya.. isi durian yg cukup manis bersama cream di baluti dgn tepung a.k.a lempeng lerr..
sedap sgt... satu2nya resepi baru utk pelbagaikn si buah durian tu...

terima kasih sgt kpd yg mencipta secret recipe ni..hihihihi..

selamat mencuba semua...alami keenakkannya....

~~ (^__*) ~~

Sunday, November 18, 2012

POMEPURE : KELEBIHAN JUS BUAH DELIMA

Salam untuk semua rakan2 saya..

Di sini, saya ingin berkongsi kebaikan serta keistimewaan  buah delima yang sememangnya menjadi RAJA buah dlm segala kesihatan  kita.. seperti yg kita ketahui buah ni jg buah yg terdapat di SYURGA.. jd kenapa kita tidak  membongkar segala rahsia  kebaikannya..dan kemujarabannya

Sesungguhnya buah Delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi
daripada buah-buah yang lain .

Antara khasiat-khasiat Jus PomePure

Membantu menstabilkan paras kolestrol
Mempunyai tahap antioksidan yang tinggi
Memberi dan merangsangkan tenaga Batin
Menguatkan sistem pertahanan badan
Menghalang kemasukan Virus HIV-1 dan Microbicide
Mengelakkan kanser kelenjar Prostate
Menguatkan kesihatan gigi.
Melindungi otak bayi dalam kandungan
Mengelak penyakit Awal Pagi (Alahan Ibu Mengandung)
Membersihkan Rahim (khas untuk wanita)
Mencantik dan merawat kulit
Meredakan penyakit batuk dan asthma
Merawat penyakit sendi dan Gout

Saya menggunakan produk ni semasa saya mula mengandung dulu.. istimewa hadiah dr en.suami..seperti yg kita tahu delima memang cukup baik utk ibu mengandung dan kandungannya. di sebabkn susah nk mencari buah delima.dlm sebulan brapa kali jer dpt mkn buah ni.. dgn itu saya mengamalkan utk minum jus ini..lg pun ianya dpt mengawal keaadaan rasa loya & ingin muntah semasa mengandung.. memang terbaik lah..  





POMEPURE 100% REAL FRUIT FUSION JUICE





Jus delima Organik Pompure diproses mengikut piawaian pengeluaran antarabangsa, iaitu ditanam tanpa penggunaan racun perosak dan baja kimia , maka bebas dari pencemaran akibat sisa manusia atau industri serta diproses tanpa sinaran pengion ataupun bahan tambah. Jus delima organik Pompure juga tidak diubah suai genetik . Jus Delima Organik Pompure adalah makanan yang dihasilkan dari mula hingga akhir tanpa menggunakan racun serangga atau bahan kimia berbahaya. Kanak-kanak orang dewasa atau ibu mengandung mereka boleh mengambil Jus Delima Pompure ini. Jus Delima organik Pompure lazimnya dihasilkan berdasarkan standard produksi yang dikawal ketat untuk menjamin mutu makanan berkenaan. Paling memberangsangkan, Jus Delima Organik Pompure kaya dengan vitamin , garam galian dan serat serta berupaya menyimpan nuirien untuk jangka masa yang lebih lama. Pengambilan makanan gaya sihat dengan makanan organik dan buah akan menjadikan badan mempeunyai daya tahan terhadap penyakit selain membekalkan nutrien yang tinggi untuk melawan jangkitan. 

Kelebihan Makanan Organik. 

1. Memiliki antioksida 50% yang lebih banyak. 
2. Rasa yang lebih Lazat
3. Lebih baik untuk bayi dan anak - anak

RM72.00


POMEPURE 100% REAL FRUIT FUSION JUICE

Delima mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, polyphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Delima juga merupakan sejenis penawar  kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, leukimia dan melambatkan proses penuaan. Selain itu khasiat Delima juga mampu membantu mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko penyakit kencing manis, melindungi otak bayi dan ibu mengandung, mengurangkan batuk dan asthma serta membantu menstabilkan paras kolesterol.

Kandungan Buah Berry dalam Jus Fruit Fusion .

1.  MULBERRY 

- Kandungan anthocyanin dalam Mulberry ternyata banyak manfaatnya bagi kesihatan dengan fungsi antioksida . Mulberry memiliki fungsi menambah darah yang sangat berguna bagi penderita anemia, imsomnia, pening, tekanan darah tang rendah, pemulihan kesihatan dan jantung berdebar serta penyakit kronik hati. Mulberry juga mengandungi banyak mineral, kalsium, potasium, magnesium, fosforus, zat besi dan vitamin yang dapat membantu mengubati penyakit kronik yang disebabkan masalah pencernaan dan merangsang pengeluaran cairan perut, memperkuatkan kemampuan pencernaan dan membaiki nafsu makan.

2. CHERRY 

- Cherry kaya dengan potassium yang mengatur tekanan darah, serat pencegah kanser, dan berbagai nutrisi yang berkhasiat. Selain itu, cherry membantu mencegah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dapat menolong penyakit diabetes, membantu meningkatkan kekebalan dan mengurangkan risiko gangguan pernafasan seperti demam dan selsema . " Sedabgkan serat byah cherry yang tinggi terdapat pada kulitnya " Felicia Busch, penulis the New Nutrition from Antioxidants to Zucchini.

3. BILBERRY 

- Bilberry mengandungi anthocyanosides yang berfungsi memperkuatkan dinding salur darah untuk membantu memperbaiki pengaliran darah melalui kapilari darah kecil yang menyelubungi mata uga dapat memperkuatkan kologen iaitu protein yang memberi sokongan kepada tisu-tisu penghubung dalam, mata. Selain itu, bilberry dapat membantu retina mata dengan cara ia menukar keadaan gelap atau terang dengan ketara. Ia membantu masalah rabun malam dengan menangkap gambaran dalam keadaan gelap ataupun apabila waktu terang keterlaluan. Bilberry mempunyai daya penyembuhan dan kesan pemulihan untuk pelbagai penyakit antaranya ialah tekanan darah tinggi, pembentukan kologen, bengkak sendi, haid tidak teratur, memperkuatkan kapilari dan pencegahan artistis reumatik penyakit jantung dan kanser .

4. BLACKBERRY 

- Blackberry kaya dengan antioksida berjenis polyphenol dan omega 3 yang baik membantu menentang radikal bebas dalam tubuh dan membantu mengubati penyakit. Blakberry adalah sumber tenaga, pembersih darah yang sempurna dan melancarkan peredartan darah., sangat eektif untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat dan meredakan sakit tekak. Blackberry mendapatkan warna unggu tua dari antioksida ampuh " anthocyanin " yang dapat membantu menurunkan risiko strok , antung koroner dan kanser. Kaian menunjukkan ekstrak blackberry dapat membantu pertumbuhan sel baru . Bangsa Yunani kuno menyebut blackberry "gout berry" yang menggunakanya mengubati simptom gout.

5. RASPBERRY 

- Raspberry mengandungi banyak kandungan antioksidan polyphenol seperti pigmen antosianin , vitamin c, vitamin B1, Vitamin B2 , vitamin B3, asid folat serta zat besi. Kandungan antioksidan dalam buah Raspberry sangat tinggi, hal ini disebabkan oleh tingginya kandungan "ellagic acid" ( dari elagotanin), quercetin, gallic acid, antosianin, sianidin, pelargonidin, kaemprerol dan salisilat acid. Raspberry juga bermanfaat untuk masalah haid kerana paras phytoestrogenya yang tinggi sehingga membantu mengatasi maslah kitaran haid yang tidak teratur , dan masalah monopause . Selain itu Raspberry membantu mengatasi masalah inflamasi , nyeri, kanser , penyakit jantung , diabetes , alergik serta gangguan penglihatan akibat tua.   
RM 78.00



POMEPURE POMECAFE (25gram X 20 sachets)
Khasiat Kopi Biji Delima

- Mambantu menstabilkan tahap kolestrol 
- Membantu membuang toksin berbahaya di dalam badan 
- membantu melawan dan melindungi penyakit jantung 
- Melancarkan pengaliran darah dan merangsangkan tenaga batin 
- Menguatkan sistem imunisasi badan terhadap penyakit 
- Membantu mencantik , merawat kulit dan awet muda. 
- Membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis 
- Membantu menguatkan kesihatan gusi dan gigi .
- Membantu menguatkan ginjal dan penyakit hati 
- Mengelakkan kanser kalenjer prostat 
- Membantu melawan kanser Payudara
- Membantu mencegah penyakit Alzheimer 
- Membantu merendahkan tekanan darah 
- Membantu masalah sembelit dan buasir 
- Membantu mengurangkan radang arthritis ( sakit sendi ) 
- Membantu mencegah gastrik , kanser perut , migrain dan banyak lagi .
RM 28.00




Harga runcit & harga Online adalah sama


kepada yg berminat utk mencuba boleh hubungi saya.. Pm 

saya di FB 

Saturday, November 17, 2012

Wkend Therapy :IOI MALL

Waduh..waduh... xsudah dgn buat therapy...kali ni terjah tempat lain pulak...
Horeyyy!
2 hari berturut-turut p shoping ni.. kali kita p serbu IOI Mall.. kali ni.. only girl... no boboi.... my hubby xikut... horrey !!... ekceli.. p anta adik kt hostel..alang2 lalu sini singgah jer lah.. mana lah tau kot2 ada yg berkenan... tp xda nya kalu masuk xkua bawa brg kan??? setuju x???


Orite.... kui..kui..kui..


jum kita start..


hihihi dpt dh satu plastik 2...ni nak cari lg kerr kakak weeiii..huk3...

yg penting i like dis....

jeng...jeng....jeng...

orange.. haha da saiz ke x ni...display kt sini sume nya saiz kecik2...



orite mummy dh dpt baju n sua.... walau pn budak manja xda mummy tetap igt kt dia... mesti kena gak beli utk si budak itu,,,





so.. mummy dah bkenan jaket utk u budak manja tuuuu



ni dia jaket tu..so nice..

ahhaaa... 2 hari berturut2 kuaq duit melabur beli baju..adoi..pokai lau salu cam ginik....

Sekian

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434h

salam...

Maal Hijrah ..menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad dr Kota Mekkah ke Kota Madihah...

tirai 1433h sudah berlabuh..Kini pembuka tirai baru 1434h akn bermula....maka pada hari ini bermula lah catatan baru dlm hidup kita. 
sebelum itu mari kita berdoautk melalui kisah baru kta.. Insyaalah hidup kita diberkati oleh Allah s.w.t 




Apa azam baru kamu semua???




Wkend Therapy :AEON Wangsa Maju

Salam..
Salam utk semua.. fuhh..penat rasanya duk mengelap blogku yg berkulat ni.... huhuhu dah lama xjenguk.. berstory mory... maaflah tgh bz ..bz tersangat2.. biasalh baby demam..nk on lappy pn xsempat..ni baru ok..lerr sikit coz dia cm dh nyenyak tido tu....
Horeyy! 

**************************
betul tak kalu saya kata therapy terbaik ialah BERSHOPIM....
mesti betulkan... duit habis pn xsedar...jnji dpt sume yg nak... membazir ker???? ishh kalu beli n xguna memamng lerr.....pape jer lah yg penting saya dpt tahu yg my hubby jga murupakan kaki shopim hahahahaha..... xrugi kn???

jomm ikut kami bershoping...nk tau kt mana....
kami therapy kt sini....

AEON Wangsa Maju..

B4 kita shopim.. layan picas dulu sambil tunggu Mr.Kharie bersmoking









orite.... jum.. masuk dlm..alami keseronokkannya..hihihihi   < @_@ >   





ronda2,,jln2,,mkn2..cuci mata...sampai kering poket.. akhirnya.. 

papa grab ini barang..

entah ape laa special ni kn.. baju sama.. cuma kaler jer lain.....yg pasti nya papa suka beli baju..tp bila geledah almarinya.. sume bajunya masih ada tag harga..banyak yg dia belum pakai...huiishh tu lerr hobi dia..
1 pcs $70 X 3 =


Makkk aiiii...mengalahkn mummy plak papa ni... dia punyer set perfume cam nak letak ats dulang hantaran kawen lerr... $340.. less dpt $280.. 


kalau shopim..dia mesti suka duk telik2..jaket.. mklum ler keje salu pkai jaket....si hitam ni jg laku wooii..
$199.. perhh..hitam menawan tu..



ni semua papa yg punya...

Mummy punya mana?????  uwaaa...


mummy punyer pn.. sama gak nga papa...uummmm... ekceli,, mummy pedek langkah kalau shopim nga papa coz papa xsuka tggu mummy memilih..lama sgt katanya... so,, terbaiknya.. mummy ikut kaki papa jer.. lau ada yg ttarik di hati terus jer bik..
So,,dlm kedai yg sama beli bju yg sama 5 helai..wow..


walau pun kami shopim berdua..kami xlupa utk budak manja tu...

tetap ada utk dia

cantik kn baju ni... mcm ala2 bju sekolah..eee. xsabar asanya nk tunggu saat Keysha p skol...




baju tidur Keysha pn terselit gak... hihihi.. moga dia dpt tidur nyenyak.. hihi..

ada lg 1.. papa beli utk Keysha...

urmm terbaik utk kewysha..papa u beli bju polo boboi..huk..huk..huk.. dia ingt ank boboi je.....
pape pun.. mahaiii tu sha.. $129...dh ler utk budak 1 year..tggu sha besar sikit bru bole pkai yer syg..


ok dah.... sudah dpt sumenya jum kita balik....

sebelum balik kita kira berapa dh habis.......
baru 1 tempat... lum p tempat besar lg... SOGO,MID VELEY,SUNWAY PYRAMID..

ahhhhh....therapy terbaik...ok jer

Wassalam...

Thursday, November 8, 2012

Kami BerCinta @Bukit Ampang KL View

Salam Dear...
 nak tanya ni.. sape suka BER-CIN-TA..??? angkat tangan cepat nk kira.. n sape suka BENCINTA???.. jgn bercinta lama2 nanti jd BENCIta... orite pape lah...malas nk mgulas pjg2.. peringatan  : jgn bercinta mncipta bahagia di atas air mata org...Peess! NO WAR!


Toinggg!!... Ekceli, nak story ler Jumaat lepas saya kua p bercinta dgn:::
 MY SUGAR DADDY Mr.Khairie Azli
Kua larut mlm tu...gerekk sehhh! kata org jebon...kih..kih..kih..

Al-kisahnya , saya ni kan xpuas lg bercinta masa dulu2.. coz dulu bercinta hanya 7 bulan jer terus main kawen2.hihihi. kami nikah lerr..dulu nk kua jln2 pn sungguh terdesak..itu pasal skg kami mula bercinta.. **Wink** (^__*)
LIKE..LIKE..LIKE BERCINTA SELEPAS KAWEN

Okey, maklum ler sungguh bebas bgerak 2,3 ari ni coz manja xda dgn mummy & Daddy..
Ekceli, sesaja mesg gurau2 dgn my sugar tu.. ajak kua join pesta muda -mudi..kononya.. aler xtau erk.. saya ajak hubby p karaoke..gelabah dia mklum ler lepas beranak ni belum lg ajak tempat2 cam tu.. hurmmm ekceli,, dia pntang di ajak..coz memang kaki suka nyanyi..kononya jejaka mancho suara Jamal Abdillah woooo... terus dia tempah bilik tanpa bgtau saya....on da way saya balik keje ptg tu..terus dia col ckp "sayang nt sampai umah terus siap tau...abg kt luar ni..nk balik awal..nt abg ambik sayang" perghh ayat cam bercinta dulu2... tkezut gak si bidadari nih.. nk pg betol tu..dh sampai umah sy pe lg terus jer lah mgikut perintah..ekceli i ni xberapa minat pun nk karaoke..melalak bagai...suara itu kn emas.. wawawawa

bila kami dlm keta.. terus saya ckp.."Abg..saya xnak karaoke ler" ni kn musim hujan takot lg hujan... hurmm.. dia senyum jer sambil ckp " Abg dh ready sume daa dh tempah tempat kt Ampang"..oooo XOXO..
Ekceli nk uji dia jer syg ke tak..marah ke tak.. bila saya buat cam tu...hihihi.. tnyata dia sayangkn saya ..dia ok jer.. n plan satu tempat coz saya nk disscuss pasal Rumah Tangga..OOOPppsss ..have problem ker????.. hihihi xda ler.. nk bermanja anja jer... ekceli hidup rumah tangga ni ada pasang surutnya... bak kata org 'sedangkan lidah lagi kn tergigit ini kn pula RT'....Hohoho kalau u xpaham erti apa itu Rumah Tangga..jgn  berangan nk bina rumah 5 tinggat ler...

Ekceli,, i got happiness.. faithfull dgn takdir Allah.. mghadiahkn pelangi yg Indah..

Horeyy!! kami p relezzz otak yg sentiasa bkerja ni kat sini 

Cantik tak?? Bukit Ampang.. nite view.. kalau duk kt sini..seluruh KL kita nampak lihat.. .1st time saya sampai sini..uurmmm tp ada jg skali dua sampai sini but waktu siang lerr..huhuhu tu pn lalu jer kt lereng bukit ni nk p kenduri member..tempat ni jg menjadi Feveret Dato' Yusuff Haslam buat shooting.. perasan tak.. filem2 or drama dia kalau babak sedih..frust..mesti tempat ni lh jd tumpuan.. 

masa saya duk kt sini waktu 2..fuhhh udaranya sungguh nyaman kesejukkan...maklumler baru lepas hujan..best ler lepak2kt sini dgn hubby...borak2.. pasal masa dpn kami..anak kami..plan hidup kami sambil pekenakn  Char kuew teaw + milo panas perrgghh terbaik terkenyang lah....

Saya suka tempat ni..rasa cam nak datang BerCinta lg lah kt sini.. May b 2nd time dtg kena bawa ler si budak kicik lg manja tu....nt kena pesan kt dia..

"Keysha duk diam2 tau mummy & daddy nk bercinta nk menyingkat kenangan okeh"

Macam Ini...

Ku sayang padamu..mu sayang pada ku.. lalalala....lalalala...lalalala


I LOVE MY HUSBAND


Tuesday, November 6, 2012

Daging Salai masak lemak cili Api & tumbuhan Parasit

Salam.... 

Hai..darlim2 ku..serta pembaca2 mesteri ku... horeyy! best tak N3 ni.. cam tkejut kn bila baca tittle ni.. yg buat shock tu tang parasit.. uuuiiii takotnya dgr... tau tak.. parasit tu per??.. kalu nk tau dia ialah..sejenis yg menumpang..menumpang kasih sayang teeeetttttt... n memakan mknan org yg dia tumpang...teeettttt... dh ler mnumpang..mkn pula hak org.tetetettttttt.. hihihihi Ooooiiittt.. aku hinnggaatt sampai bila2 wooii.. ko buat aku cam gitu... ingat ler wahai teeettt........  kih..kih..kih mencarut daaaa...

Ekceli, ler kn nk citer ler saya buat resepi sendiri.. sesaja jer.. nk jadik Master Chef part time..ni ler caranya.. ok jer kn.. yg masuk MC pun.. pelik2 nama masakan diaorang 2..kn??

Terlebih dahulu nk introduce tumbuhan parasit tu..


kulat sisir -bhs ke-la-te

ada sape2 kenal tak.. bg saya sedap ni wooii..saya kn ank kpg.. mkn benda2 cm gini....
benda ni tumbuh kt btg2 pokok yg reput.. nak2 lg pokok getah..wah kpg siookk!.dia ni kn menumpang.jer keje dia...hihihi..bila time hujan2 mcm ni byk ler di jumpai..

okey,,dh kenal..jum kita masak..

Kita salai daging dulu...hahaha cam nak tgelak pulak masak ni..dgn cara saya yg pelik....saya salai dlm oven jer.gdn cara potong kecik2 daging tu..pelik kan... so jgn ikut saya.. ni saya nyer resepi..sendiri....time boring..n rajin sgt nk masak..



org lain buat..daging buku besor..salai and lepas tu potong halus2..baru betul..
saya buat cam gini kwang..kwang...


lepah2 tu kita kena masak kuah lemak tu baru jadik..masak lemak..letak cili byk2 jd ler 
masak lemak cili api

malas ler nk citer sal resepi nya coz..nanti kn bercanggah pulak nga resepi korang.. yg penting Master Chef xtegar ni letak shelai daun kunyit nk menaikkan aroma kuah lemak tu.. coz ni kn campur nga sayur sikit.. kulat tu sayur erk??? cam pelik jer kn..

bahan2 nya.. saya tumbuk jer coz saya masak dlm qty yg sikit jer..bazir letrik nk blend..wawawawa.. 
tp kn kalau betul2 pior masak lemak nagori..diaorang xletak bawang pun... tp saya kn ank klate.. bhn asasnya 
mesti ler ada bawang...


Okeii....
3
*
*
*
*
*
*
*
*
*
2

*
*
*
*
*
*

1

*
*
*
Taarrrraaaaaa




inilah hasil hamba buat utk mkn berdua dgn En.Khairie..

Ekceli,dia xbrape suka sgt..dia mkn kuah jer sebab..dia xmkn...teetttttt..xsukasayur!!!!!!!

~lalalalala nyum..nyum.nyumm~

:> Gripe Water <:

Sejak ada anak ni macam2 yg saya dpt pelajari.. kalau dulu ada budak kecik bery pun lari jauh2... budak nangis jer pun lagi mau marah kt dia.. tp sekarang tidak lagi ..hew..hew.. hew.. bila ada anak ni.. kita lebih kpd bsifat berkasih sayang..kalu bole xmau sedikit pun dengar dia menangis...

okey.. bila tengok tajuk N3 saya ni.. awak2 sume bole tau tak apa yg saya nk story mory ni.. lau belum ada baby mungkin samar2 lah kn.. lau ada nephew pun.. bknya kita pedulikan benda2 cam ni.. betul tak?? lau saya salah.. ignore jer lah.. yg xtau meh kita belajar..

Ekceli,saya pun budak baru belajar.. Gripe water ni pun.. saya baru kenal .. seriously...ni pun sebab saya salu mengadu kt budak2 office yg Keysha skg ni salu nangis.. sambil nk gigit2 jari org.... kekadang melalak waktu tgh hari ler.. dah ler saya kt tempat keje.. buat risau jer..

Gigi xda lg..tp xtau ler.. kot gusi dia mengeras nk tumbuh gg
 ker.. uiishh pandai2 mummy dia berimaginasi hihihi


kalau di letak jari kita kt mulut dia tu..terus dia gigit kuat2..

bila dgr masalah saya ni..
so..bebudak office cadangkan beli benda ni ler .. bg dia minum.. takot dia kembung perut ker.. sakit gusi ker.. maklum ler umur dia pn dah masuk 6m +++.. dh mcm mknan masuk dlm perut dia.. n waktu ni jga lah baby kita mula nak tumbuh gigi..


So,balik keje ptg tu terus p farmasi beli ni..


pic kotak luarnya..


ini lah isi dlmnya...ni rupa dia..

Dah beli ni balik umah terus pujuk budak kecik tu minum air ni..




nak bagi gripe water  kat baby ni senang jer.. tengok atucara dia yg terletak kt label blakang botol 2.


  • 1 hingga 6 bulan -1 sudu teh @5ml
  • 6 bln hingga 2 thn - 2 sudu teh @10ml

 Sukatan2 ini boleh diberikan sebelum @selepas makan sehingga 4 kali dlm waktu 24 jam
okey,yg penting nk guna mesti lh kena gongcangkn terlebih dahulu.... ekceli, air ni ada sedikit smell cam bau bunga cengkih jer.. hidung saya ler dpt bau cm gitu..org lain..tatau plak yer....hihihihi

cam Keysha saya bg dia 2 sudu coz dia kn dh besar..hihihi itu pn kalu nagis jer....jap2 mummy bg lg...so soryy baby.. mummy kn xmoo dgr u nangis....Pesss!..

Okey nak bgtau..saya memang jakung bila jumpa benda tu... malu pun ada..coz.. ada gak member ckp "Hey eila xkan laa ko xtau benda tu..ni benda sejak zaman bzaman lerrr ..mak ko dulu xguna ni ke??".. 
wawawaw mana lerr saya tau..mak saya guna ke tak coz masa tu saya pn kecik lg..xtau pape.. ngeee..ngeee

yang saya tau Keysha pakai ni jer..




Minyak yuyee




&






minyak mestika


okey..kpd yg bakal ibu@yg bcadang nk beranak lg tu..sediakan lh..benda2 ni awal2...
coz..bila anak menangis..kita xler panik sgt..bole ler sapu minyak ni n bg minum air  tu td..
becoz apa yg kita tau bila baby nangis mesti

1) dia lapar
2) Dia tidak selesa

So pandai2 lah kita tackle masalah si manja ni..xselasa means..either lampin basah or kembung perut

lalalala

~Wassalam~~